October 8th, 2020

Pelakon Nabila Huda mendedahkan bahawa dirinya telah mengalami keguguran buat kali kedua pada hari Isnin yang lalu.

Berita sedih itu telah dikongsi Nabila atau lebih mesra disapa Abil menerusi ruangan Instagram (IG) Story miliknya, semalam.

Menurut Abil, dia dikhabarkan telah mengalami pendarahan sebelum disahkan keguguran.

View this post on Instagram

My die hard fans from malaysia..Thank you for loving me!?

A post shared by Nabila Huda (@kupu_kupu) on

“Saya keguguran buat kali kedua. Ketika pertama kali saya alami pendarahan, saya rasa sangat ‘down’ dan semalam saya cuba untuk tenangkan diri sepanjang hari. Seriously I nak sangat-sangat ada baby. Terlalu nak sangat. Keinginan I untuk ada anak tu nak sangat”

Dalam pada masa yang sama, Abil redha dan menganggap dia dan suami belum mempunyai rezeki untuk menimang cahaya mata baru dalam keluarga.

View this post on Instagram

Hi good morning ! ?

A post shared by Nabila Huda (@kupu_kupu) on

Mengimbas kembali ketika di awal perkhabaran saat diberitahu dirinya hamil, Abil mengakui dia agak paranoid sepanjang tempoh tersebut. Abil juga memberitahu bahawa dirinya berasa kasihan terhadap suami kerana sudah agak lama menunggu kehadiran anak hasil daripada perkahwinan mereka itu.

Hanya mahu bersikap positif dan memandang ke depan, Abil mengatakan dia kini hanya ingin berehat di rumah untuk proses pemulihan emosi dan fizikal.

View this post on Instagram

It’s bErtday month..? #ripcurlmy

A post shared by Nabila Huda (@kupu_kupu) on

Sekadar info, Nabila Huda telah mendirikan rumah tangga bersama suami, Mohd Izwan pada Disember 2015 yang lalu. Pelakon berbakat itu pernah berkahwin sebelum ini dan telah dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Keisha Laila yang kini berusia 10 tahun.


Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...