“Saya Nak Pergi Baca Ikrar Sekejap, Kita Tunggu Macam Mana..” – Syamsul Yusof

Hiburan

“Saya Nak Pergi Baca Ikrar Sekejap, Kita Tunggu Macam Mana..” – Syamsul Yusof

Pengarah sensasi, Syamsul Yusof tiba di kompleks Mahkamah Syariah Kuala Lumpur hari ini untuk melafazkan cerai terhadap isteri pertamanya, Puteri Sarah Liyana.

Syamsul atau nama penuhnya Mohd Syamsul Mohd Yusof dilihat memakai sut dan bersongkok hitam sambil ditemani peguam, Azmi Mohd Rais.

Advertisement

Bagaimanapun, pengarah berusia 39 tahun itu enggan menjawab pertanyaan diajukan oleh pihak media.

syamsul

Sumber: Kosmo

Saya nak pergi baca ikrar sekejap. No komen.

Sebaliknya, Syamsul hanya meluahkan rasa syukur apabila ditanya tentang perasaan bakal melafazkan cerai terhadap Sarah hari ini.

Alhamdulillah, kita tunggulah nanti macam mana.

syamsul

Sumber: Harian Metro

Terdahulu, Syamsul akhirnya bersetuju untuk melafazkan cerai terhadap Sarah hari ini agar kemelut rumah tangga mereka tidak berpanjangan.

Menurut peguam syarie mewakili Sarah, Datuk Akberdin Abdul Kader, pasangan selebriti itu telah pun mencapai persetujuan untuk membubarkan perkahwinan dengan cara baik dan aman.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

puteri sarah
1 year ago

"Harini Saya Pakai Macam Fashion Show" - Bakal Dilafazkan Cerai Hari Ini, Puteri Sarah Kelihatan 'Excited'

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...