“Saya Nak Kurus & Kulit Putih..” – 16 Tahun Ambil Pil Suplemen, Wanita Kesal Alami Kegagalan Buah Pinggan

Kehidupan

“Saya Nak Kurus & Kulit Putih..” – 16 Tahun Ambil Pil Suplemen, Wanita Kesal Alami Kegagalan Buah Pinggan

Seorang wanita dikenali sebagai Nor Hariyati memaklumkan dia kini perlu menjalani rawatan dialisis untuk meneruskan kehidupan.

Menerusi hantaran di laman TikTok, Nor Hariyati atau lebih mesra disapa Cik Tie berkata dia terpaksa menjalani rawatan tersebut selepas hampir 16 tahun mengambil pil kurus dan suplemen memutihkan kulit.

Advertisement

Bukan itu sahaja, Cik Tie mendedahkan sebelah bahagian kakinya juga mula membengkak selain mengalami air kencing yang keruh dan hilang selera makan.

Saya memutuskan untuk jumpa doktor dan ketika itu saya sedar bahawa tabiat saya ambil produk sampah dah jejaskan kesihatan saya.

Tambahnya lagi, doktor turut menasihatkan dirinya untuk berhenti mengambil suplimen dan pil berkenaan.

Saya ikut nasihat doktor, tapi mungkin dah terlambat.

Dalam pada itu, Cik Tie berkata dia mula menjalani rawatan dialisis sejak tahun 2015 dan perlu ke pusat dialisis tiga kali seminggu, selama empat jam setiap sesi.

Saya perlu lakukan rawatan ni sampai akhir hayat saya, saya tak boleh terlepas walaupun satu sesi.

Jelasnya, dia tidak mengetahui kesan sampingan pengambilan pil dan suplemen berkenaan memandangkan ketika itu tiada rangkaian internet.

Saya nak kurus dan mempunyai kulit yang lebih cerah. Tapi ia datang dengan harga yang mahal.

Malah, Cik Tie kini menggunakan platform TikTok untuk berkongsi kesedaran kepada orang awam mengenai kesan sampingan produk suplemen.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

khairul aming belanja
11 months ago

5 Hari Kilang Sambal Nyet Ditutup, Khairul Aming Belanja Staf Hotel 5 Bintang & Naik ‘Private Yatch’

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : The Star

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...