“Saya Nak Kawal Hidup Dia, Tapi..” – Atikah Suhaime Kongsi Impian Untuk Anak, Mahu Beri Yang Terbaik Buat Mulan

Hiburan

“Saya Nak Kawal Hidup Dia, Tapi..” – Atikah Suhaime Kongsi Impian Untuk Anak, Mahu Beri Yang Terbaik Buat Mulan

Pelakon jelita, Datin Atikah mengakui bahawa dia mempunyai impian yang besar buat anak perempuannya iaitu Lyla Mulan Teh.

Namun begitu, dia sedar tidak semua kehendak ibu akan selari dengan takdir anaknya.

Advertisement

Mahu beri yang terbaik untuk anak

atikah suhaime

Menerusi satu video yang dimuat naik di TikTok, pelakon itu menjelaskan sebagai seorang ibu, dia mahu memberikan segala yang terbaik buat anaknya itu dari segi pendidikan, karier sehinggalah jodoh.

 

Kalau boleh saya nak kawal hidup dia. Nak dia jadi ballerina, kahwin dengan orang kenamaan, masuk sekolah terbaik.

Walau bagaimanapun, dia juga sedar kehidupan yang dilalui oleh anaknya kelak adalah pilihan dan jalan yang harus ditentukan sendiri.

Tapi akhirnya, itu hidup dia. Mama saya dulu pun macam-macam harapan untuk saya. Saya tak kahwin dengan anak raja tapi kahwin dengan Datuk pun jadilah.

Mulan perlu pilih jalan hidup sendiri

Kata Atikah, sebagai seorang ibu dia hanya mampu merancang dan memberi panduan, namun selebihnya dia serahkan pada Mulan untuk memilih jalan hidup sendiri.

atikah suhaime

Kita nak rancang semua benda tapi tak semestinya ia baik untuk dia. Saya biarkan dia pilih sendiri.

Dalam pada itu, dia turut berharap agar hubungannya dengan Mulan kekal baik sampai bila-bila dan tidak menjadi renggang seperti mana yang pernah berlaku antara dirinya dan ibunya satu ketika dahulu.

Kadang saya terfikir, kenapa ada anak yang dah besar marah ibu sendiri? Saya harap Mulan tak jadi macam saya dulu, yang selalu marah mak saya.

 

Saya cuma harap dia akan terus sayang saya dan tak benci saya bila dia besar nanti.

@pama.my Ketika ditanyakan adakah dirinya mahu merancang kehidupan Lyla Mulan Teh, Datin Atikah memberitahu dia sentiasa mahukan yang terbaik. Namun, dia sedar bahawa apa yang seorang ibu rasakan terbaik untuk anaknya, belum tentu itu yang terbaik buat mereka. Kata Atikah lagi, dia hanya menginginkan yang terbaik dan berharap agar suatu hari nanti, Mulan tidak akan membenci dirinya kerana hal itu. Saksikan video penuh Borak Pa&Ma bersama Datin Atikah Suhaime jam 4.30 petang ini di Facebook dan YouTube Pa&Ma! #BorakPaMaSpecial #HariIbu2025 #majalahpama #AtikahSuhaime ♬ original sound – Pa&Ma

Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.

4 weeks ago

"Masing-Masing Muka Macam Senduk, Peti Sejuk Tiga Pintu, Ada Hati Nak Kritik" - Dikecam Makan Ikan Pari Setelah Berpantang, Atikah Suhaime 'Amuk'

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...