“Saya Nak Kabo Dia Salah”, Pelajar Terengganu Buktikan Boleh Berbahasa Inggeris Dengan Baik

Trending

“Saya Nak Kabo Dia Salah”, Pelajar Terengganu Buktikan Boleh Berbahasa Inggeris Dengan Baik

Sebelum ini tular kenyataan pelakon terkenal, Maya Karin yang dianggap mempertikaikan kebolehan pelajar sekolah rendah di Terengganu untuk berbahasa Inggeris. Ramai yang memberi kecaman kerana ianya seolah memperlekehkan kebolehan pelajar sekolah di sana.

Sekarang ini pula, seorang pelajar dari Terengganu membalas kenyataannya itu dan membuktikan bukan semua pelajar di sana tidak pandai berbahasa Inggeris.

“Saya nak kabo kenyataan Maya Karin dalam statusnya di Twitter sebelum ini silap, walaupun dia doh tampil menjelaskan perkara sebenar.” 

Pelajar tahun lima dari Terengganu iaitu Wan Muhammad Yusuf Wan Roslan, merupakan pemenang tempat pertama dalam pertandingan ‘storytelling’ sempena Karnival Perpaduan Bahasa Inggeris Peringkat Kebangsaan. Wah, bukan calang-calang tu.

Dia yang mewakili murid di Terengganu, khususnya murid sekolah rendah membuktikan mereka boleh bercakap dalam Bahasa Inggeris dengan baik apabila berjaya muncul juara dalam pertandingan ‘storytelling’ (bercerita dalam Bahasa Inggeris) peringkat kebangsaan.

Justeru saya harap kakak Maya lebih berhati-hati mengeluarkan sebarang kenyataan selepas ini kerana ia boleh mengguris hati murid di Terengganu, termasuk saya.

pelajar sekolah rendah
Dia juga berkata dia tidak mahu kenyataan yang dikeluarkan pelakon itu melemahkan semangat murid sepertinya. Sebaliknya, dijadikan pembakar untuk terus mempelajari dan memperbaiki Bahasa Inggeris.

Menurut cikgunya, kita harus lihat kenyataan itu daripada sudut positif dan sebagai pembakar semangat untuk membuktikan murid di Terengganu juga mampu bercakap dengan baik dalam Bahasa Inggeris.

Sumber: Metro

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...