Sebelum ini tular kenyataan pelakon terkenal, Maya Karin yang dianggap mempertikaikan kebolehan pelajar sekolah rendah di Terengganu untuk berbahasa Inggeris. Ramai yang memberi kecaman kerana ianya seolah memperlekehkan kebolehan pelajar sekolah di sana.
I asked a little girl yesterday at my library talk in Terengganu. “How old are you?” *senyap.
“How old are you?” *senyap again. So I changed it to “Adik umur berapa tahun?” Terus jawab “10tahun”
Think about it. @fromKMR @niknazmi @maszleeAdvertisement— Maya Karin (@maya_karin) October 4, 2019
Sekarang ini pula, seorang pelajar dari Terengganu membalas kenyataannya itu dan membuktikan bukan semua pelajar di sana tidak pandai berbahasa Inggeris.
“Saya nak kabo kenyataan Maya Karin dalam statusnya di Twitter sebelum ini silap, walaupun dia doh tampil menjelaskan perkara sebenar.”
Pelajar tahun lima dari Terengganu iaitu Wan Muhammad Yusuf Wan Roslan, merupakan pemenang tempat pertama dalam pertandingan ‘storytelling’ sempena Karnival Perpaduan Bahasa Inggeris Peringkat Kebangsaan. Wah, bukan calang-calang tu.
Dia yang mewakili murid di Terengganu, khususnya murid sekolah rendah membuktikan mereka boleh bercakap dalam Bahasa Inggeris dengan baik apabila berjaya muncul juara dalam pertandingan ‘storytelling’ (bercerita dalam Bahasa Inggeris) peringkat kebangsaan.
Justeru saya harap kakak Maya lebih berhati-hati mengeluarkan sebarang kenyataan selepas ini kerana ia boleh mengguris hati murid di Terengganu, termasuk saya.

Menurut cikgunya, kita harus lihat kenyataan itu daripada sudut positif dan sebagai pembakar semangat untuk membuktikan murid di Terengganu juga mampu bercakap dengan baik dalam Bahasa Inggeris.
Sumber: Metro