Seperti diketahui ramai, penyanyi Masya Masyitah menjadi bualan hangat netizen susulan membuat keputusan untuk membuka tudung setelah sekian lama memakainya.
Melalui sesi siaran langsung di laman Instagram baru-baru ini, Masya meminta netizen henti menuding jari kepada ibu bapanya susulan mengambil keputusan untuk freehair.
Siapa kata ayah saya tanggung? Sendiri buat, saya sendiri lah tanggung.
View this post on Instagram
Dalam pada masa yang sama, penyanyi itu turut meluahkan bahawa dia tidak mahu lagi bergiat dalam industri seni dan hanya mahu hidup seperti orang biasa.
Antara sebab membuat keputusan itu kerana Masya mahu hidup bebas seperti orang lain dan tidak mahu lagi hidup glamour.
Bahkan dia turut berkata banyak job yang ditolak dan enggan mengambilnya sebab mahu berehat.