“Saya Nak Cuba Semua Kerja Yang Ada..” – Leona Kongsi Pengalaman Kerja Sebagai Pelayan Ketika Belajar Di UK

Kehidupan

“Saya Nak Cuba Semua Kerja Yang Ada..” – Leona Kongsi Pengalaman Kerja Sebagai Pelayan Ketika Belajar Di UK

Pempengaruh media sosial dan anak kepada pelakon Azhar Sulaiman iaitu Kasih Iris Leona mendedahkan dirinya pernah bekerja sebagai seorang pelayan di sebuah hotel ketika meneruskan pelajaran di United Kingdom.

Bekerja kerana ikut kawan

Melalui sebuah podcast Apa Cerita, Leona menceritakan kisah permulaan kerjanya sebagai seorang pelayan. Katanya, tujuan asal dia bekerja adalah disebabkan ingin menemani rakannya yang ingin membuat kerja sampingan.

Advertisement

Namun, akhirnya hanya Leona yang kekal bekerja manakala rakannya tidak bekerja di hotel yang sama.

Pada awalnya, rakan saya mahu kerja sampingan. Hal ini kerana elaun perbelanjaannya dipotong oleh keluarga kerana pelajaran tak berapa bagus dalam pelajaran.

 

Jadi saya setuju untuk teman dia jadi pelayan. Namun akhirnya saya saja yang bekerja dan kawan saya tak jadi bekerja sebagai pelayan di sana.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Apa Cerita? (@apaceritatv)

Dapat belajar banyak perkara

Dalam pada itu, anak kepada aktor ini juga memberitahu niatnya yang ingin mencuba semua kerja yang ada dan salah satunya menjadi pelayan. Katanya, melalui pekerjaan tersebut, dirinya dapat meraih ilmu baru membuatkan dia lebih menghargai pekerjaan tersebut.

Saya mempunyai perasaan ingin tahu yang mendalam. Saya nak cuba semua kerja yang ada, salah satunya jadi pelayan.

 

Sebab menerusi kerja ini, saya boleh belajar macam mana deal dengan orang ramai, apa yang berlaku di sebalik tabir supaya saya boleh lebih menghargai pelayan lain selepas ini. Selama tiga bulan saya bekerja, saya bangun pukul 5.30 pagi setiap Sabtu dan Ahad dan pergi kerja hingga 2.30 petang.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Leona (@kasihirisleona)

Selain itu, kami kongsikan juga artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

leona azhar sulaiman
7 months ago

(VIDEO) Leona Kongsi Pengalaman Melawat Palestin, Netizen Komen - "Lagi Bijak Anak Dari Bapaknya"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...