November 7th, 2018

Masih dengan prinsip untuk tidak menyentuh pelakon wanita lain ketika berlakon, Saharul Ridzwan satu hari nanti ingin membuktikan bahawa seorang pelakon yang tidak menjayakan sebarang babak panas ataupun bersentuhan mampu serta layak untuk memenangi anugerah yang besar dinilai oleh juri profesional.

Saharul meluahkan impiannya itu menerusi akaun Twitternya dan ia mendapat respon yang sangat positif daripada netizen.

Mahu menjadi seorang aktor yang profesional, Saharul tidak akan terlalu memilih sekiranya diberikan sesuatu watak. Beliau akan mencuba sedaya upaya untuk memberikan yang terbaik untuk membuktikan lakonannya itu berkualiti.

Semoga hasrat Saharul ini akan tercapai satu hari nanti. Terus-terang, masih ada banyak lagi cara untuk ‘menghidupkan’ sesuatu watak. Babak berpelukan dan bersentuhan ini ibarat ‘penyedap rasa’ sahaja.  Penonton pun sudah bijak dan mahukan lakonan yang lebih berkualiti. Betul tak?

Sumber Berita : mStar Online


22 responses to “Saya Nak Buktikan Berlakon Tanpa Babak Bersentuhan Pun Boleh Menang Anugerah – Saharul Ridzwan”

  1. SR POYO says:

    alahai abg SR. Sebelum nak menang anugerah tu. Kena menang adab dulu. Adab bercakap dengan orang. Kalau dah menang adab baru boleh fikir nak menang anugerah ya.

  2. Anonymous says:

    I respect pelakon yg taknak bersentuhan kulit…salute

Loading...