Masih dengan prinsip untuk tidak menyentuh pelakon wanita lain ketika berlakon, Saharul Ridzwan satu hari nanti ingin membuktikan bahawa seorang pelakon yang tidak menjayakan sebarang babak panas ataupun bersentuhan mampu serta layak untuk memenangi anugerah yang besar dinilai oleh juri profesional.
Saharul meluahkan impiannya itu menerusi akaun Twitternya dan ia mendapat respon yang sangat positif daripada netizen.
Mahu menjadi seorang aktor yang profesional, Saharul tidak akan terlalu memilih sekiranya diberikan sesuatu watak. Beliau akan mencuba sedaya upaya untuk memberikan yang terbaik untuk membuktikan lakonannya itu berkualiti.
Semoga hasrat Saharul ini akan tercapai satu hari nanti. Terus-terang, masih ada banyak lagi cara untuk ‘menghidupkan’ sesuatu watak. Babak berpelukan dan bersentuhan ini ibarat ‘penyedap rasa’ sahaja. Penonton pun sudah bijak dan mahukan lakonan yang lebih berkualiti. Betul tak?