“Saya Nak Bincang Tentang Giliran Isteri, Seminggu Berapa Kali Jumpa” – Syamsul Yusof Mahu Puteri Sarah Terima Poligami

Trending

“Saya Nak Bincang Tentang Giliran Isteri, Seminggu Berapa Kali Jumpa” – Syamsul Yusof Mahu Puteri Sarah Terima Poligami

Puteri Sarah Liyana hari ini menegaskan bahawa dia tetap dengan pendiriannya untuk berpisah dengan suami, Syamsul Yusof.

Katanya, sesi berdamai antara mereka berdua diadakan secara berasingan kerana dia tidak mahu bertemu dan duduk sebilik dengan Syamsul.

Advertisement

Sarah berharap sangat sangat (supaya) cepat cepat dilepaskan.”

Dalam pada itu, para wartawan yang menunggu di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAWI) turut menemu bual Syamsul selepas sesi berdamai itu selesai.

Pengarah berusia 39 tahun itu akui kecewa kerana tidak dapat bersua muka dengan isteri pertamanya sedangkan katanya dia mahu berbincang dan mencari penyelesaian.

Saya juga mahu Sarah menerima poligami ini. Saya mahu berbincang mengenai giliran (bersama isteri-isteri), dalam seminggu berapa hari berjumpa.”

Bagaimanapun, Syamsul berkata dia tetap hormat dengan proses yang dijalankan dan berharap agar konflik rumah tangga mereka ada titik perdamaian.

Tambahnya, bercerai bukanlah jalan yang mudah atau dapat menyelesaikan masalah kerana banyak faktor lain yang perlu difikirkan seperti hal anak-anak dan nafkah.

2 years ago

"Cukup, Saya Penat. Lepaskan Saya" - Sesi Berdamai Gagal, Puteri Sarah Tetap Dengan Pendirian Mahu Cerai

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Kosmo

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...