Pelakon, Yana Samsudin pernah bergelar pengarah filem pada usia 23 tahun. Filem pertama arahannya berjudul Selamat Pagi Cinta lakonan Pierre Andre, Nur Fazura dan Sharifah Aman menemui penonton pada 2008.
Yana atau nama sebenarnya Norliana binti Samsudin berkata dia adalah pengarah wanita paling muda dalam industri perfileman tempatan dengan mengarahkan filem format 35 milimeter (mm).
Menurut Yana, 37, sekarang ramai pengarah filem wanita, tetapi mereka tidak menggunakan medium itu.
Saya berterima kasih kepada produser, David Teo kerana berani memberikan saya peluang.
Tambah pelakon Bini-Biniku Gangster itu, dia berasal dari kerja balik tabir, jadi dia terima tawaran di bawah Metrowealth International Group (MIG) selaku pengarah muda.
Sebelum jadi pengarah, saya banyak buat kerja di balik tabir seperti rakaman suara, penyuntingan dan sebagainya. Disebabkan itu, saya ditawarkan mengarahkan filem Selamat Pagi Cinta.
Yana berkongsi pengalaman pada sesi IG Live membincangkan topik Persediaan Menjadi Pengarah Tanpa Gagal anjuran Persatuan Wartawan dan Penulis Hiburan Malaysia (WHAM) dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS).
Sesi bersama penggiat seni itu dianjurkan sempena menyemarakkan Festival Filem Malaysia Ke-31 (FFM31) yang akan berlangsung pada 10 Disember ini.