Aktivis Kuan Chee Heng atau lebih dikenali sebagai Uncle Kentang membuat pendedahan yang mengejutkan ramai pihak apabila dia memberitahu dirinya berisiko untuk mengalami masalah mental.
Hal tersebut telah didedahkan oleh tuan badan sendiri di akaun media sosialnya iaitu Facebook baru-baru ini.
Menurut beliau, doktor telah memberi bayangan bahawa dia berkemungkinan akan mengalami masalah sakit jiwa jika masih menjawab panggilan telefon.
Satu hari tak kurang 100 phone calls masuk dengan pelbagai masalah.
Dalam pada masa yang sama, Uncle Kentang turut memaklumkan bahawa dirinya bakal menutup telefon miliknya selama 30 hari supaya dapat merehatkan diri secukupnya.
Sekadar info, Kuan mula dikenali ramai apabila sering kali terlihat banyak membantu golongan susah dengan memperkenalkan pelbagai idea dan inisiatif baharu.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.