Siapa sangka juadah nasi lemak mampu membuat seorang mat saleh ini menjadi obses dengan rasanya hingga membuka sebuah kedai di sebuah pasar seni khas menjual nasi lemak sahaja.
Jual nasi lemak di Hawai
Melalui platform TikTok, baru-baru ini, seorang warga tempatan pergi ke sebuah pasar tani di Honolulu, Hawaii dan dirinya berjaya menemui kedai menjual nasi lemak.
Individu tersebut berasa bangga kerana juadah Malaysia itu mampu ‘menapak’ di Hawaii yang jauh beribu-ribu kilometer daripada tempat asalnya.
Apabila ditanya sebab menjual nasi lemak tersebut, peniaga yang dikenali sebagai Cef Andrew berkata dia diperkenalkan dengan juadah tersebut ketika di New York lebih kurang sejak 16 ke 17 tahun lalu.
Mat saleh obses dengan rasa nasi lemak
Saya bekerja dengan seorang chef bernama Zachlazio yang mana memiliki sebuah restoran makanan Malaysia. Jadi, dialah orangnya yang memperkenalkan kepada saya. Sejak itu, saya mula obses dengan rasa yang berasal dari Malaysia.
Tambahannya lagi, makanan ini mempunyai warna cerah dan vibran, dicampur pula dengan pelbagai rasa seperti manis, masin, pedas serta masam sekaligus menjadikan nasi lemak merupakan juadah sempurna.
Kata Andrew lagi, juadah ini merupakan yang paling terbaik di Hawaii tetapi tidak ramai penduduk yang tahu tentang nasi lemak, hinggalah dia memberi sampel dan itu sudah mampu membuat mereka datang kembali untuk makan nasi lemak yang dijual.