Bebarapa hari lepas, seorang pemuda berusia 23 tahun membuat pengakuan bahawa dia sedia menerima jika ditakdirkan berjodohan dengan jutawan kosmetik berusia 45 tahun, Datuk Seri Vida. Pemuda itu, bernama Ahmad Iqbal Zulkefli, ialah pentadbir dan jurugambar laman sosial Vida yang mula bekerja dengannya secara rasmi sejak Jun lepas.
Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.
Kita telah mengetahui kata Ahmad Iqbal, tetapi apa pula kata Vida sendiri berkenaan perhubungan mereka? Kepada Harian Metro, Vida memberitahu:
Anak ikan? Muka dia muda. Saya pun tidak rasa saya tua. Saya muda dan kalau bergambar tu macam tak jauh (beza) antara saya dengan dia. Macam ada kematangan pada diri dia. Jadi anak ikan… tidaklah… mana ada.
Saya bukan jenis ambil anak ikan. Amanah Allah SWT bagi, untuk apa saya pelihara benda macam ini. Walaupun saya gedik dan bukan alim, tapi saya tahu jaga diri. Dia sentiasa ada dengan keluarga saya. Nak bawa orang masuk dalam rumah bukanlah senang-senang.
Saya kasihan baca komen negatif tapi Alhamdulillah dia tenang tapi terkesan juga apabila orang cakap saya tak sedar diri nak lelaki kacak muda saja. Buat skandal. Saya tahu ramai suka dia setiap kali pergi kemana-mana pun tetapi bukan alasan itu untuk berada di samping saya dan satu lagi, dia bukan penyebab perceraian saya.
Kepada mStar Online pula, Vida mendakwa hubungan mereka ialah majikan dan staf sahaja:
Tak. Dia hanyalah staf saya tidak lebih dari itu.
Jodoh dan pertemuan di tangan Allah. Saya nak yang terbaik untuk saya dan juga anak-anak… seorang suami yang setia dan bukan mahukan wang ringgit saya. Saya mahu dia menyayangi saya seperti Rasullah menyayangi Siti Khadijah, jadi orang paling bahagia.
Vida juga memberitahu yang dia terharu dengan tindakan Cik B yang mendakwa tidak akan membenarkan ibunya berkahwin dengan Ahmad Iqbal kerana ia disifatkan sesuatu yang dilakukan untuk melindungi dirinya:
Cik B sebenarnya masih trauma. Dia lihat sendiri kisah perkahwinan saya tiga kali gagal depan mata. Semuanya nak duit sahaja.
Manusia hanya mampu merancang namun yang menentukan Allah jua. Mungkin jua Ahmad Iqbal seorang yang tulus dan ikhlas, jadi terpulanglah kepada Ahmad Iqbal bagaimana mahu meyakinkan Vida dan Cik B bahawa dirinya menyayangi wanita itu, dan bukan sekadar mengikut jejak langkah bekas-bekas suaminya. – beautifulnara.com