“Saya Mohon Orang Ramai Untuk..” – Suami Anak Pengasas Dnars Bersuara Isu Lantang Kes RM1.3 Juta

Hiburan

“Saya Mohon Orang Ramai Untuk..” – Suami Anak Pengasas Dnars Bersuara Isu Lantang Kes RM1.3 Juta

Meskipun sedang melalui fasa mencabar, anak kepada Allahyarham Faziani Rohban Ahmad iaitu Irdina Hakim tetap mendapat sokongan penuh daripada suaminya, Farez Zuhaily.

Menerusi perkongsian di TikTok, Farez menyifatkan isterinya sebagai seorang wanita yang baik sejak mereka saling mengenali enam tahun lalu.

Advertisement

Yang aku nampak dia dari dulu adalah seorang yang baik, hormat orang tua dan tidak pernah sekali pun dia berfikiran negatif pada semua terutama keluarga.

Farez turut menegaskan bahawa walaupun Irdina kini lantang bersuara memperjuangkan haknya, ia hanya kerana dia pernah tersakiti.

Cuma bila dia tersakiti dan kebenaran terbukti dia jadi lantang bersuara untuk tegakkan keadilan dan masih ada lagi yang menganggap dia salah.

Sebagai suami, Farez berharap orang ramai terus memberikan doa serta sokongan kepada isterinya.

Saya suami Irdina memohon kepada semua untuk berdoa agar dipermudahkan segala urusan isteri saya dan segala kebenaran berpihak kepadanya.

Isu Harta Pusaka Arwah Faziani

Terdahulu, Harian Metro melaporkan Mahkamah Tinggi Syariah Kota Bharu memerintahkan Ahmad Shah Rizal, 48, iaitu suami kepada pengasas produk kecantikan Dnars itu, supaya mendepositkan semula wang tunai milik arwah isteri ke dalam akaun pentadbir bersama harta pusaka.

Akaun itu turut melibatkan anak sulung arwah, Aqbar Hakim Jasman, 25, dan wang tersebut perlu dimasukkan dalam tempoh 30 hari.

Difahamkan, Ahmad Shah Rizal sebelum ini memfailkan tuntutan harta sepencarian termasuk wang tunai RM1.3 juta yang berada dalam peti besi arwah sebelum diambil olehnya.

Imbas kembali, Allahyarham Faziani meninggal dunia pada 18 Mei 2019 selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dinaikinya terbabit dalam kemalangan di Pattani, Thailand.

Beliau maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah, manakala suaminya cedera. Ketika itu, pasangan berkenaan dalam perjalanan ke rumah anak-anak tahfiz untuk menyampaikan sumbangan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

olla ramlan
2025-09-24 10:45:25

'Kantoi' Berjoget Di Kelab Malam, Pelakon Wanita Beri Penjelasan - "Saya Hanya Cari Rezeki, Sara Diri Dan Anak-Anak"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...