Syed Saddiq menerusi satu kenyataan di aplikasi X tampil menjelaskan mengenai dakwaan yang mengatakan dia telah menipu dalam perlumbaan oleh seorang individu baru-baru ini.
Individu itu berkata Syed Saddiq telah berada di hadapannya pada disiplin larian sedangkan ketika acara renang dan berbasikal, ahli parlimen Muar itu berada di belakangnya.
Saya perasan awak berada di belakang saya semasa berenang. Dan awak tak pernah memotong saya semasa berbasikal, tapi semasa larian, awak dah ada di hadapan saya. Macam mana boleh jadi begitu.
Malah, menurut individu itu lagi, tidak mungkin Syed Saddiq dapat menamatkan larian 90km dengan masa 2 jam 37 minit, di mana masa itu menyamai pelumba terpantas dari Sepanyol.
Berikutan itu, Syed Saddiq berkata dia tidak pernah menipu untuk menang atau menaiki podium dan telah menyemak dengan pasukan teknikal bagi acara berbasikal.
Hello friends,
I have the latest update & data as requested,
this is the most detailed breakdown lap by lap at every checkpoint which i just received from the technical team.
After cross referencing this with my I watch data, there clearly was a mistake.
And i take full… pic.twitter.com/x6e9w8SeeI
— Syed Saddiq (@SyedSaddiq) July 10, 2024
Ujarnya lagi, dia mendakwa tujuan dirinya menyertai triathlon adalah kerana untuk memperbaiki kesihatan dan memperbaiki diri sendiri.
Syed Saddiq juga berkata perkara itu adalah juga satu kesalahan daripada pihaknya dan turut memohon maaf kepada komuniti triathlon.
Selepas berbincang dengan penganjur dan wakil teknikal, adalah lebih status saya diletakkan dalam DNF.
Saya berjanji untuk lebih berhati-hati pada masa akan datang & akan bekerjasama rapat dengan komuniti untuk belajar & menjadi lebih baik demi sukan yang saya minat.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.