Abang Nara dah cakap dah mesti Shila Amzah teruja lebih ketika diumumkan memenangi Lagu Terbaik AIM19 sehingga tersalam cium tangan Sharnaaz Ahmad. Memang “heat of the moment”. Amboi terspeaking lagi Abang Nara nie.
Apa pun berkata kepada Mstar Online, Shila berjanji untuk berhati-hati lebih lagi di masa hadapan. Perkara tersebut tidak disengajakan olehnya. Kata Shila:-
Saya ingin meminta maaf atas kekhilafan saya itu. Ketika itu saya terlalu teruja dan pengumuman itu dibuat ketika saya berda di samping orang yanh saya sayang. Ia merupakan satu pengajaran buat saya dan saya bukanlah seorang yang sempurna
Betul tue tak ada orang yang sempurna. Kesilapan dilakukan untuk kita belajar daripadanya. Abang Nara respek kepada Shila kerana pada ucapan kemenangannya, tak pernah lupa untuk mengucapkan terima kasih kepada “Shilalas”. Shilalas adalah nama gelaran buat kelab peminatnya. Semoga hubungan mesra antara Shila dan peminat akan terus berkekalan.
slay
November 26, 2012 at 5:18 pm
sakit pulak hati kite ni tengok si shanaz yang poyo ni..dalam tweeter lagi macam sial dia cakap…kalau cium kaki la blah blah blah
Anonymous
November 24, 2012 at 1:46 am
kita x tau jgn main tudoh la….