Genap menyambut ulang tahun perkahwinan kelima hari ini, pelakon Rozita Che Wan ada memuat naik foto romantis bersama suami tercinta, Zain Saidin di akaun Instagramnya.
Menzahirkan perasaan cinta yang masih hangat membara menerusi foto yang dikongsikan, Che Ta turut membuat ucapan ‘sweet’ buat suaminya itu.
Ucapan Che Ta yang paling mendapat perhatian ramai dan agak kelakar ketika beliau dinobatkan sebagai Miss Malaysia Intercontinental 1992, Zain pada ketika itu baru sahaja berada di darjah 2 persekolahan.
Che Ta dan Zain sah bergelar isteri pada Disember 2013 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Aaisyah Dhia Rania.
Jom kita layan beberapa lagi foto mesra pasangan merpati dua sejoli ini dengan membaca entri ini sepenuhnya.