Melalui laporan Malaysia Gazette, Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi pesanan kepada rakyat untuk tidak gopoh beratur panjang di stesen minyak pada hujung bulan ini susulan pengumuman penurunan harga RON95 pada harga RM1.99 seliter melalui inisiatif BUDI MADANI (BUDI95).
Menurutnya lagi, rakyat diminta untuk tunggu beberapa hari untuk berbuat demikian kerana beralasan harga bahan itu akan berkekalan seperti yang telah dijanjikan oleh kerajaan.
Tidak payah semua nak beratur isi minyak dan KPS (Ketua Setiausaha Perbendaharaan) pastikan tidak pegawai Kementerian Kewangan pergi ambil minyak pada 30 September, sebab itu kita buat secara berperingkat mulai esok.
Dalam pada itu, beliau turut menegaskan langkah berkenaan adalah unik kerana tidak ada negara lain yang melaksanakan perkara tersebut, lagi-lagi ketika berdepan dengan kenaikan kos sara hidup.
Cuba (cari dalam) Google atau tanya GPT, mana ada negara yang menurunkan harga minyak sekarang. Malaysia berani melakukannya kerana kita dengar suara rakyat dan ambil kira kestabilan ekonomi.
Tambahnya lagi, turunnya harga minyak ini hasil daripada tata kelola kerajaan yang baik, kurangkan ketirisan, dan usaha keras perangi rasuah.