Sejak penularan wabak COVID-19 di Malaysia, pendakwah bebas Ustaz Ebit Lew tidak berhenti menghulurkan bantuan dan sumbangan kepada petugas barisan hadapan serta mereka yang memerlukan.
Bagaimanapun, dalam melakukan kebaikan pastinya akan ada dugaan dan cabaran. Tidak semua orang yang suka melihat kerja amal yang dilakukan oleh Ebit Lew sehingga ada pihak yang melemparkan pelbagai tuduhan kepadanya. Lebih menyedihkan, ada tuduhan liar itu dibuat oleh golongan agamawan.
Sedar banyak pihak yang salah faham, Ebit Lew menerusi laman Facebooknya mencoretkan ucapan maaf kepada semua pihak dan berniat untuk menyakitkan hati sesiapa. Pada masa yang sama, mengingatkan dia hanya seorang mualaf yang sedang belajar mendalami agama Islam dan bukannya Ustaz.
Rata-rata netizen mengaitkan luahan yang dibuat oleh Ebit Lew berkaitan dengan teguran dibuat beberapa pihak selepas bantuan dihulurkan kepada seorang warga emas yang menghidap penyakit strok dan keluarganya yang sebelum ini tinggal di rumah usang.
Bagaimanapun mereka mendoakan agar Ebit Lew tidak berputus asa dan terus membantu golongan yang memerlukan.