Sejak beberapa hari yang lalu, nama Uyaina Arshad menjadi perhatian ramai selepas tular luahan seorang individu yang tidak gemar dengan sikapnya secara terbuka di platform media sosial.
Pekerja Uyaina tampil bersuara
Terbaru, melalui platform Threads, seorang wanita yang dipercayai bekerja dengan Uyaina tampil berkongsi sisi baik mengenai majikannya itu.
Wanita yang bernama Atiqah itu memuat naik satu tangkap layar mesej yang dihantarkan oleh pengacara berkenaan di aplikasi WhatsApp.
Terima kasih juga sebab jaga saya dan tahan dengan saya selama enam tahun, bukan sekejap ya. Saya minta maaf sebab pernah marah, tegur dan buat awak terasa. Semua itu sebab nak buat dan jadi yang terbaik.
Bukan sekadar pekerja tetapi sahabat baik..
Atiqah turut berasa tersentuh selepas Uyaina menyifatkan dirinya sebagai seorang pekerja dan sahabat yang baik untuk dia.
Saya sayang dan hargai awak dalam kehidupan saya. Saya doakan awak berjaya.
View this post on Instagram
Dapat dilihat di ruangan kapsyen wanita berkenaan, dia mempersoalkan tindakan segelintir netizen yang melontarkan kata-kata negatif buat pengacara terbabit.
Saya nak tanya, adakah anda akan jumpa bos seperti ini? Pernah ke korang berjumpa dengan dia secara berdepan?