“Saya Minta Maaf, Kalau Boleh Beri Saya…” – Azar Azmi Dibebaskan Dari Tahanan Reman Hari Ini

Viral

“Saya Minta Maaf, Kalau Boleh Beri Saya…” – Azar Azmi Dibebaskan Dari Tahanan Reman Hari Ini

Pelakon Azar Azmi hadir ke Kompleks Mahkamah Seremban hari ini bagi memberi sokongan kepada suaminya yang berdepan dua pertuduhan di mahkamah.

Azar atau nama sebenarnya Siti Azar Ameerah Azmi, 35, dilihat tiba sekitar pukul 10 pagi dengan berjubah hitam dan memakai pelitup muka, serta ditemani dua remaja.

Advertisement

Ketika ditemui media di luar mahkamah, pelakon drama Nur itu memohon agar diberikan ruang.

“Saya minta maaf ya, kalau boleh beri ruang dekat saya. Insya-Allah ada apa-apa nanti saya beritahu,” katanya ringkas.

Difahamkan, Azar hadir bagi memberi sokongan kepada suaminya, Mohd. Apri Hazreen Mohd. Sapri, 41, yang didakwa di Mahkamah Sesyen dan Majistret atas dua pertuduhan menipu dua mangsa berkaitan urusan mendapatkan darjah kebesaran ‘Datuk’ dan tanah kurniaan.

Tipu Urusan Jual Beli Lembu, Azar Azmi Dan Suami Ditahan Lagi

Kes tersebut didakwa melibatkan kerugian keseluruhan berjumlah RM293,931 pada tahun lalu.

Bagaimanapun, Mohd. Apri Hazreen mengaku tidak bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan yang dikenakan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2026-03-09 10:00:22

Tipu Urusan Jual Beli Lembu, Azar Azmi Dan Suami Ditahan Lagi

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...