“Saya Minta Maaf Kalau Ada Yang Kurang Senang, Semua Itu Adalah..” – Bella Astillah Perjelas Sebab Selalu Bersama Syed Saddiq

Hiburan

“Saya Minta Maaf Kalau Ada Yang Kurang Senang, Semua Itu Adalah..” – Bella Astillah Perjelas Sebab Selalu Bersama Syed Saddiq

Baru-baru ini, penyanyi dan pelakon, Bella Astillah memohon orang ramai untuk tidak berasa muak atau kurang senang melihat dirinya sering bermesra dengan Ahli Parlimen Muar, YB Syed Saddiq di platform media sosial.

‘Atas permintaan client, saya minta maaf..’

Menurut Bella atau nama sebenarnya, Dayang Nabellah Awang Astillah, dirinya sering muncul bersama Syed Saddiq di media sosial kerana urusan kerja, di mana itu merupakan permintaan client agar mereka melakukan live bersama-sama.

Advertisement

Kepada semua yang selalu nampak kita bersama (dalam video), saya minta maaf kalau ada yang kurang senang. Semua itu adalah kolaborasi yang kami perlu selesaikan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Syed Saddiq (@syedsaddiq)

Tak berlakon, berlaku secara spontan

Apabila ditanya jika kemesraan yang dipaparkan hanya marketing, Bella menegaskan segala yang berlaku adalah spontan dan semula jadi tanpa lakonan.

Yang semua tahu, dia (Syed Saddiq) bukan pelakon dan pastinya semua ditunjukkan dalam video adalah spontan. Semua yang kami lakukan adalah atas tuntutan kerja, tetapi kami tak ditekan untuk buat lakonan atau sebagainya, itu saja yang boleh saya cakap.

Sekadar info, Bella dan Syed Saddiq sebelum ini menjadi perhatian ramai selepas kedua-duanya kelihatan mesra mempromosikan baju raya, termasuk mendaki Gunung Kinabalu, membantu mereka yang memerlukan dan banyak lagi.

Lagi membuatkan kedua-dua individu ini menjadi perhatian kerana rakyat Malaysia kebanyakannya menyukai serta mendoakan agar mereka bertemu jodoh.

Syed Saddiq tahu macam macam pasal Bella
6 days ago

Syed Saddiq Raih Perhatian, Ingat 'Little Things' Tentang Bella Astillah - "Bestnya Dapat Partner Macam Tu, Untung Bella...

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...