“Saya Minta Maaf”- Datin Nona

Trending

“Saya Minta Maaf”- Datin Nona

Video yang sebelum ini tular akhirnya ditamatkan dengan cara baik. Persengketaan antara Datin Nona dan pengurusan The Chicken Rice Shop (TCRS) kini sudahpun terlerai.

Pertemuan Datin Nona bersama pihak pengurusan tertinggi TCRS yang dihadiri oleh Pengurus Latihan Kumpulan dan Perhubungan, Badrul Hisham Mohd Zahir, Pengurus Besar Operasi iaitu Wong Yin Fong dan Pengurus Latihan Perkhidmatan Pelanggan Julia Mohamed Noor.

Advertisement

Pihak TCRS juga sendiri telah meminta maaf bagi pihak pekerja mereka di dalam salah faham yang telah berlaku.Dimaklumkan salah faham mengenai sistem beratur itu tidak seharusnya berlaku.

Julia memberitahu mereka telah memberikan kaunseling kepada kakitangan wanita terbabit diatas insiden yang telah terjadi.

“Kami menerima maklum balas dari Datin Nona dengan positif kerana ini semua untuk menambah baik kualiti servis kami.”

Rupanya sistem beratur hanya dilakukan ketika tiada meja kosong untuk diduduki. Jadi selepas ini jika ada meja kosong, tiada masalah untuk terus masuk dan duduk sahaja.

Datin Nona sendiri memberitahu dia tiada niat untuk memviralkan video tersebut dan meminta maaf diatas kekecohan yang dilakukan.

Elok lah sekiranya kedua-dua belah pihak sudah meminta maaf dan berbincang dengan cara yang baik. Masing-masing pastinya sedar kesilapan sendiri dalam hal ini.

Jadi kita buang yang keruh ambil yang jernih saja.

Sumber: mstar

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...