Video yang sebelum ini tular akhirnya ditamatkan dengan cara baik. Persengketaan antara Datin Nona dan pengurusan The Chicken Rice Shop (TCRS) kini sudahpun terlerai.
Pertemuan Datin Nona bersama pihak pengurusan tertinggi TCRS yang dihadiri oleh Pengurus Latihan Kumpulan dan Perhubungan, Badrul Hisham Mohd Zahir, Pengurus Besar Operasi iaitu Wong Yin Fong dan Pengurus Latihan Perkhidmatan Pelanggan Julia Mohamed Noor.

Julia memberitahu mereka telah memberikan kaunseling kepada kakitangan wanita terbabit diatas insiden yang telah terjadi.
“Kami menerima maklum balas dari Datin Nona dengan positif kerana ini semua untuk menambah baik kualiti servis kami.”
Rupanya sistem beratur hanya dilakukan ketika tiada meja kosong untuk diduduki. Jadi selepas ini jika ada meja kosong, tiada masalah untuk terus masuk dan duduk sahaja.
Datin Nona sendiri memberitahu dia tiada niat untuk memviralkan video tersebut dan meminta maaf diatas kekecohan yang dilakukan.

Jadi kita buang yang keruh ambil yang jernih saja.
Sumber: mstar