Saya Minta Maaf Batalkan Sidang Media, Perkahwinan Tetap Diteruskan – Lufya Omar

Hiburan

Saya Minta Maaf Batalkan Sidang Media, Perkahwinan Tetap Diteruskan – Lufya Omar

Bakal berkahwin dengan seorang doktor iaitu Che Muhammad Hafiz pada bulan November ini, penyanyi dan pelakon Lufya Omar pernah memberitahu akan mengadakan sidang media pada 10 Oktober 2016 bagi berkongsi butiran lanjut mengenai perkahwinannya itu.

Advertisement

Namun, apabila tibanya tanggal 10 Oktober lepas, sidang media berkenaan terpaksa dibatalkan. Pihak media dan peminat agak kecewa kerana apa yang dirancang tidak kesampaian.

Susulan itu, Lufya menerusi portal mStar Online memohon maaf kepada semua pihak di atas pembatalan sidang media berkenaan. Menurut Lufya, ia dibatalkan kerana mempunyai beberapa masalah dalaman yang tidak dapat dielakkan.

Saya mohon maaf terpaksa batalkan sidang media tersebut kerana masalah dalaman antara lokasi penaja dengan pihak kami. Namun, majlis perkahwinan akan tetap diteruskan dan persiapan perkahwinan dilakukan secara sederhana sahaja.

Apa yang penting ialah perkahwinan itu dirahmati Allah dan kehidupan selepas berkahwin perlu dirancang dengan baik dari sekarang.

Menurut Lufya, beliau bakal mengumumkan tarikh pernikahan beliau dan Che Muhammad Hafiz dalam masa terdekat berserta kad jemputan yang bakal diedarkan tidak lama lagi.

Insya-Allah pada November ini dan tarikhnya nanti saya akan beritahu. Kami sudah buat keputusan untuk melangsungkan pernikahan dan resepsi pada hari yang sama.

Kami berharap segalanya akan dipermudahkan buat Lufya Omar dan tunangnya sehingga ke hari mereka diijabkabulkan.

Sumber Berita : mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...