Namun, apabila tibanya tanggal 10 Oktober lepas, sidang media berkenaan terpaksa dibatalkan. Pihak media dan peminat agak kecewa kerana apa yang dirancang tidak kesampaian.
Susulan itu, Lufya menerusi portal mStar Online memohon maaf kepada semua pihak di atas pembatalan sidang media berkenaan. Menurut Lufya, ia dibatalkan kerana mempunyai beberapa masalah dalaman yang tidak dapat dielakkan.
Saya mohon maaf terpaksa batalkan sidang media tersebut kerana masalah dalaman antara lokasi penaja dengan pihak kami. Namun, majlis perkahwinan akan tetap diteruskan dan persiapan perkahwinan dilakukan secara sederhana sahaja.
Apa yang penting ialah perkahwinan itu dirahmati Allah dan kehidupan selepas berkahwin perlu dirancang dengan baik dari sekarang.
Menurut Lufya, beliau bakal mengumumkan tarikh pernikahan beliau dan Che Muhammad Hafiz dalam masa terdekat berserta kad jemputan yang bakal diedarkan tidak lama lagi.
Insya-Allah pada November ini dan tarikhnya nanti saya akan beritahu. Kami sudah buat keputusan untuk melangsungkan pernikahan dan resepsi pada hari yang sama.
Kami berharap segalanya akan dipermudahkan buat Lufya Omar dan tunangnya sehingga ke hari mereka diijabkabulkan.