Tindakan penerbit dan pengarah Ahmad Idham mengadakan sidang media khas bersama Presiden Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) yang berpendapat filem Dukun tidak sesuai untuk tayangan umum kerana memberikan kesan negatif kepada masyarakat dan penuh unsur tahyul yang boleh menyesatkan, menerima pelbagai reaksi daripada netizen.
Mereka berpendapat Ahmad Idham sengaja mencetuskan isu tersebut kerana filem berunsur kehidupan bomba iaitu Qhaliq terbitan beliau ditayangkan pada hari yang sama dengan Dukun.
Selepas mencetuskan perdebatan hangat, Ahmad Idham akhirnya membuat keputusan untuk menarik balik tayangan filem Qhaliq dan ia telah pun diluluskan oleh FINAS.
Ramai netizen berpendapat, pengarah itu sebenarnya takut untuk bersaing dengan filem Dukun. Umum mengetahui beberapa filem terbitan beliau sebelum ini kurang mendapat sambutan. Walaubagaimanapun, Ahmad Idham menafikan dakwaan tersebut.
Bukan isu takut bro.Kita sedia maklum yang Dukun, filem Astro yang mempunyai bajet promosi besar dan kita tak perlu pun berlaga sebab banyak lagi tarikh kosong. Jadi untuk membuktikan pada semua yang kita sesama industri tolak ansur, bagilah Dukun sepenuhnya panggung. Kalau tak, pawagam pun problem.
Tarikh baru untuk tayangan filem Qhaliq masih belum ditetapkan lagi. Buat masa ini, Ahmad Idham menyeru untuk orang ramai terus menyokong filem Dukun yang sememangya dinantikan selama 12 tahun.