Selepas sidang media yang diadakan oleh Aliff Aziz dan Bella Astillah berlansung semalam, semakin banyak perkara yang tidak diketahui telah pun didedahkan kepada umum. Salah satunya ialah kekecohan yang telah berlaku di dalam pusat karaoke di mana Aliff Aziz dan Afifah berada. Sedikit kekecohan telah berlaku sehingga Aliff tercampak telefon bimbit ke muka Bella sekaligus menyebabkan kecederaan. Rupa-rupanya Bella telah pun meminta Afifah keluar sebentar dari bilik karaoke tersebut agar dia dapat berbincang dengan suaminya. Namun permintaan itu tidak diendahkan oleh Afifah.
Terang Bella tentang situasi di hari kejadian tersebut”-
Saya datang ke pusat karaoke itu dengan hasrat untuk berbincang secara baik dengan suami saya. Saya minta dia (Afifah) keluar sebentar dari bilik itu bagi memberi ruang kepada kami. Tapi dia tidak peduli dan tetap berada di situ sehingga keadaan tidak terkawal dan berlaku kejadian tidak diingini.
Ada kemungkinan Afifah Nasir tidak mendengar permintaan Bella Astillah kerana seperti yang kita ketahui, bunyi bising di karaoke sedikit sebanyak menghalang pendengaran yang sempurna. Mungkin ada salah faham yang terjadi. Abang Nara percaya Afifah akan ada penjelasannya yang tersendiri. Sama-sama kita nantikan. Buat masa ini, Abang Nara bersyukur sekurang-kurangnya hubungan Aliff Aziz dan Bella Astillah tidak berakhir dengan teruk. Sama-samalah cuba memperbaiki dan menghidupkan kembali perkahwinan anda berdua. Teruskan berusaha. Sumber Mstar Online.