“Saya Mesej Ucap Takziah, Lepas 5 Bulan Baru Dia Balas” – Watie ‘Throwback’ Detik Perkenalan Dengan Shuib

Hiburan

“Saya Mesej Ucap Takziah, Lepas 5 Bulan Baru Dia Balas” – Watie ‘Throwback’ Detik Perkenalan Dengan Shuib

Bakal menamatkan zaman bujang pada hujung bulan ini, usahawan Watie Hanifiah berkata dia tidak berfikir panjang untuk menerima lamaran perkahwinan daripada Shuib.

Malah, Watie merasakan bakal suaminya itu mampu menjadi suami yang baik berdasarkan pengalaman perkahwinan bersama Allahyarhamah Siti Sarah sebelum ini.

Advertisement

Dia ada rekod yang baik, sebab bila kita nak kenal dengan orang itu kita kena ambil masa yang lama tapi macam dia lain, saya dah tahu sedikit sebanyak mengenai dia semasa dengan arwah.

Dia nampak boleh jadi suami dan pemimpin yang baik, jadi sebab itu saya yakin nak bawa hubungan itu lebih jauh.

Watie juga sempat berkongsikan detik awal perkenalan bersama pelawak itu di mana kali pertama dia menghantar mesej ucapan takziah di media sosial semasa Shuib kehilangan isterinya pada Ogos 2021.

Ceritanya lagi, lepas 5 bulan barulah Shuib membalas mesej tersebut dan mereka mula berhubungan selepas itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Watie Hanifiah (@iamwatie)

Masa saya mesej mintak nombor telefon dan saya tak sangka dapat, tapi masa itu rasa macam apa yang saya buat ini, saya tak sepatutnya minta.

Dia pula ambil masa yang lama untuk balas jadi saya pun berserah dan tunggu dia balas.

Terdahulu, Shuib dan Watie mengumumkan bahawa mereka bakal mengakhiri zaman solo dan bakal disatukan pada 23 Jun ini.

Fathia Latiff
2 years ago

"Kau Belajar Tinggi Sampai Jadi Doktor Tapi Kau Bagi Ubat Silap Baik Kau Duduk Rumah Je" - Fathia Latiff Mengamuk Lagi

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...