Satu perkongsian daripada wanita yang pernah dikaitkan dengan rumah tangga pelawak Shuk Sahar, Fara Salleh baru-baru ini telah mencuri perhatian netizen di media sosial.
Dalam video itu, Fara memohon dan merayu agar dipulangkan kucing kesayangannya yang hilang di kawasan Lubuk Batu Segamat, Johor.
View this post on Instagram
Dia juga dilihat menangis teresak-esak dalam video tersebut.
Sesiapa yang duduk di kawasan Lubuk Batu Segamat, kalau ternampak atau pun terambil kucing saya, sila pulangkan semula.
Katanya lagi, dia tidak pernah rasa sesakit itu dan jatuh sakit akibat mengenangkan kucingnya yang hilang.
Saya tak pernah sesakit ini, dah 2 hari saya sakit terbaring keadaan saya teruk. Pulangkanlah saya merayu sangat.
Fara juga bersedia untuk memberi ganjaran berbentuk wang tunai kepada mereka yang berjaya menemui kucing kesayangannya itu.
Terdahulu, nama Fara Salleh menjadi bahan bualan netizen kerana dia didakwa telah menjadi orang ketiga dalam rumah tangga Shuk dan isteri, Rossa Sera sekitar dua tahun yang lalu.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.