“Saya Menyesal” – Akibat Mercun Batang Paip, Remaja Lelaki Hancur Tiga Jari Kanan

Trending

“Saya Menyesal” – Akibat Mercun Batang Paip, Remaja Lelaki Hancur Tiga Jari Kanan

“Saya benar-benar menyesal”

Itulah kata yang mampu dibaitkan oleh Muhammad Adam Hakimi Muhamad Sabri, 16, yang dilaporkan hancur tiga jari kanannya dan kabur mata kiri akibat terkena mercun dalam kejadian di Kampung Kelubi Putih.

Akibat insiden hitam itu, dia juga mengakui sudah serik dan berjanji untuk tidak menyentuh mercun selepas ini.

Advertisement

Ketika disoal, pelajar tingkatan empat itu tidak menyangka kejadian yang berlaku selepas berbuka puasa pada 11 Ramadan lalu mengubah fizikalnya buat selama-lamanya.

Bapa angkatnya, Mohd Riduan Ismail, 42, berkata, Muhammad Adam Hakimi yang dijaga sejak kecil keluar rumah selepas berbuka puasa bersama keluarga kira-kira jam 7.30 malam.

Sebelum kejadian, remaja itu beritahu mahu keluar berjalan selepas berbuka puasa dan solat maghrib.

“Tidak lama selepas itu, kami sekeluarga terkejut kerana dia tiba-tiba pulang ke rumah dalam keadaan tangan dan muka berlumuran darah. Tiga jari tangan kanannya hancur akibat terkena mercun batang paip”

Dia kemudiannya segera membawa Adam ke Hospital Besut sebelum dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) kira-kira sejam selepas itu.

Bercerita tentang bagaimana insiden ini boleh berlaku, bapa ini turut mendakwa selama ini anaknya tidak pernah bermain mercun.

“Saya percaya ini kali pertama dia sentuh mercun dan ingin mencuba meletupkan sendiri mercun”

Reda dengan kejadian mengejut itu, bapa ini juga turut memaklumkan tahap kesihatan anak sulung daripada enam beradik itu masih belum memuaskan kerana belum pulih sepenuhnya.

“Anak saya masih dalam pemantauan dan rawatan. Saya harap dia segera pulih”

Mohd Riduan turut menasihatkan remaja supaya mengambil pengajaran daripada kejadian menimpa anaknya itu.

“Bagi yang berjinak-jinak dengan mercun, saya harap dapat berfikir dua kali sebelum mencuba. Beringat sebelum kena kerana malang tidak berbau”

Semoga kisah ini menjadi iktibar buat semua ya. Beringat sebelum kena.

SUMBER

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...