Hati ayah mana yang tidak kecewa apabila melihat mahligai perkahwinan anak mereka hancur berkecai. Pastinya Chef Wan sangat kecewa apabila mengetahui penceraian yang telah berlaku di antara anaknya, Chef Riz dan Ana Dahlia. Confirm sedih tak ingat.
Namun Chef Wan masih berharap agar mereka berdua rujuk kembali di dalam tempoh edah. Kata Chef Wan kepada Kosmo:-
Saya menyayangi Ana seperti anak saya sendiri. Sekiranya dalam tempoh tiga bulan tempoh idahini mereka mahu merujuk semula, saya terima dengan hati yang terbuka. Apa pun mereka sudah bercerai. Saya harap tiada lagi sebarang spekulasi negatif dibuat tentang mereka. Mereka bercerai seperti juga orang biasa lain.
Kalau tak silap Abang Nara, ini ialah penceraian kali ketiga buat Ana Dahlia. Diharap Ana tabah menghadapi dugaan ini. Suatu hari nanti, pasti Ana akan bertemu juga dengan kebahagiaan yang dicari. Sama-samalah kita doakan.
P.S; Mencari Cardigan / Jaket yang sesuai dipakai dimana sahaja? Dapatkan Cardigan/Jaket cantik yang dibawa terus dari Korea, ke rumah anda di laman web baru VANITYMASK!