Tahap penyanyi berbakat dan ‘legend’ seperti Misha Omar ini sejujurnya memang sukar untuk ditandingi oleh mana-mana artis baru dan popular sekarang. Bayangkan, Misha masih boleh menyanyi dengan begitu hebat sekali walaupun secara duduk di rancangan hiburan MeleTOP semalam.
Rata-rata netizen begitu terpukau dengan nyanyian Misha dan memuji betapa ‘versatile’nya beliau. Lontaran vokal Misha memang cukup padu dan meremang bulu roma dibuatnya.
Menerusi portal Harian Metro, Misha tidak sangka aksinya itu akan menjadi viral. Menurut Misha, beliau menyanyi sambil duduk kerana tidak mahu membelakangkan hos program tersebut iaitu Neelofa dan Nabil.
Saya memang nak menyanyi berdiri, tetapi menyedari Lofa dan Nabil duduk di situ, saya berasakan tidak manis jika membelakangkan mereka. Jadi, dalam segan saya duduk juga sambil menyanyi. Tidak menjangka pula perkara ini menjadi bualan peminat di Instagram dan Twitter. Malu saya dibuatnya.
Advertisement

Khairy
July 28, 2018 at 9:32 am
Ni penyanyi legend and evergreen.
Jangankan duduk…suruh berbaring pun dia boleh tarik suara tinggi. Rindu kat misha ni…lama dah tak tgk dia kat TV.she still looks d same…humble and cantik.
Anonymous
July 27, 2018 at 2:43 pm
Suara misha mmg padu dan mantap. Love you misha..
Sabri Ali @ Nick
July 26, 2018 at 7:42 pm
Tumbang juga akhirnya semua artis BBNU masa ini oleh Misha Omar.. Khai Bahar pun ok sikit daripada artis2 BBNU lain terutama pompuan
anonymous
July 26, 2018 at 3:42 pm
Rindu tgk Misha nyanyi dgn aksi tendangannya.
jah
July 26, 2018 at 2:22 pm
dari dulu aku relax je karok sambil duduk.
melata
July 26, 2018 at 2:29 pm
patut la suara kau karok tu macam suara beruk…hahaha…