“Saya Menunggu Kata Maaf Dan Sedia Beri Kata Maaf” – Aisha Retno Sedia Bersemuka Dengan Yuka Kharisma

Hiburan

“Saya Menunggu Kata Maaf Dan Sedia Beri Kata Maaf” – Aisha Retno Sedia Bersemuka Dengan Yuka Kharisma

Penyanyi, Aisha Retno memaklumkan dia bersedia untuk bersemuka empat mata dengan penganjur Konsert Malam Sutera Aisha Retno iaitu Kharisma Music International berhubung isu pembatalan acara tersebut.

Aisha atau nama lengkapnya Sharifah Aisha Retno Sayed Sipulijam berkata dia terbuka untuk meleraikan sengketa yang berlaku dan bersedia untuk bermaafan.

Advertisement

Saya bersedia untuk bermaafan dengan pihak sana, kalau pihak sana telefon sudah pasti saya akan jawab. Saya mahu mudahkan kerja kedua-dua pihak.

 

Saya menunggu kata maaf dari mereka dan saya juga bersedia memberi kata maaf kepada mereka kalau saya ada buat silap. Saya mahu semuanya aman.

aisha retno

Semua tahu, dia (Yuka Kharisma) sudah saya anggap macam kakak sendiri, tetapi apa yang dibuat itu mungkin terdesak. Saya tidak salahkan dia seratus peratus. Hati Yuka bersih.

 

Pasti apa yang berlaku ada juga salah saya, mungkin perbicangan secara tertutup paling penting sebelum diuar-uarkan kepada umum.

Menurut OhBulan!, Aisha bagaimanapun berkata kenyatan yang dikeluarkan oleh pihak Kharisma Music International tidak sepenuhnya betul.

Isu itu tidak akan berhenti setakat itu sahaja, kerana apa yang dikatakan oleh pihak sana ada yang betul ada salah. Hanya pihak tertentu sahaja tahu yang mana betul yang mana salah.

aisha retno kena bayar 77,000

Untuk sekarang ini, saya mahu fokus dengn karier. Saya cuba untuk mengabaikan seketika apa dikatakan pihak sana yang dakwa saya kurang profesional. Malah sehingga kini tiada perjumpaan dengan saya.

1 week ago

Yuka Kharisma Tuntut Aisyah Retno Bayar Semula RM77,000

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : OhBulan!

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...