Pelakon popular, Yasmin Hani mendedahkan dirinya pernah berdepan pengalaman hitam apabila diganggu secara seksual sewaktu masih di bangku sekolah.
Menerusi podcast Sembang Seram, Yasmin atau nama sebenarnya Yasmin Hani Ismail Richardson, berkongsi kejadian yang berlaku ketika dia sedang bermain di sebuah padang permainan bersama rakan-rakannya.
Ketika itu saya dekat sebuah padang permainan dan saya berdiri sebelum turun gelongsor. Saya ternampak di dalam sebuah kereta ada seorang lelaki asyik pandang saja dekat kami (Yasmin dan rakan-rakan.
Kemudian dia panggil, tapi saya tak kenal dia sebab saya kenal semua kawan-kawan ayah saya. Saya pun ajak kawan-kawan pergi bersama untuk jumpa dia.
Pada mulanya saya duduk jauh sedikit tapi saya rasa dia sengaja cakap perlahan-lahan. Bila saya datang dekat sikit untuk dengar dia cakap, rupa-rupanya dia tengah beronani. Saya menjerit sebab nak kantoikan dia.
Tidak terhenti di situ, pelakon filem Duyung itu turut menceritakan satu lagi insiden gangguan seksual ketika dia berada di sebuah kolam renang awam.
Ada seorang lelaki menawarkan dirinya untuk mengajar saya berenang tapi saya menolak. Dia tegur saya salah dan ajar saya dari jarak jauh. Dia tanya saya, sama ada saya pandai terapung atau pun tidak.
Disebabkan niatnya kelihatan mahu membantu, Yasmin tidak menaruh syak apa-apa memandangkan lelaki berkenaan berusia sekitar 40-an hingga 50-an, manakala dia ketika itu masih kecil.
Namun, keadaan bertukar cemas apabila lelaki tersebut tiba-tiba bertindak keterlaluan.
Saya meniarap dan dia pegang perut saya. Bila lama-lama saya pun sudah okay, tiba-tiba dia mendekati saya lalu dia cuba nak memasukkan tangan di dalam sut renang saya. Saya terus jerit dan dia lompat keluar dari kolam sepantas kilat. Hilang.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.