“Saya Mengaku Warnakan Rambut Sebab Mahukan Perhatian…” – Sedar Beri Pengaruh Buruk Pada Anak, Hafiz Suip Botakkan Kepala

Hiburan

“Saya Mengaku Warnakan Rambut Sebab Mahukan Perhatian…” – Sedar Beri Pengaruh Buruk Pada Anak, Hafiz Suip Botakkan Kepala

Baru-baru ini, penyanyi bersuara lunak Hafiz Suip meraih perhatian warganet di media sosial selepas dia tampil dengan imej baru berambut hijau.

Hafiz mendedahkan bahawa keputusan itu dibuat secara spontan untuk mempromosikan single terbarunya, Terus Bersinar.

Advertisement

Akuinya, dia terpengaruh dengan karakter diminatinya, Roronoa Zoro menerusi animasi popular One Piece namun kata Hafiz dia kemudian mula berasa segan dan memohon maaf.

Sebenarnya bukan hijau tetapi turquoise. Saya mengaku warnakan rambut sebab mahukan perhatian. Bila dah buat rasa segan juga kerana perkara itu agak sensitif sebenarnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hafiz Suip (@hafizsuip)

Bagaimanapun, menurut Hafiz warga rambutnya itu hanya bertahan selama lima hari sahaha kerana memberikan pengaruh kurang baik pada anak sulungnya, Riyadh Zafri.

Ujarnya, dia faham ia salah di sisi agama dan kata Hafiz dia tidak menghitamkan semula rambut sebaliknya terus membotakkan kepalanya.

Anak saya berumur enam tahun kata ‘Bonda, saya pun nak rambut macam ayah’. Beristighfar saya masa itu. Saya sedar cuma itulah hiburan. Menjadi lumrah, kalau sensasi baru dapat perhatian, kalau biasa-biasa orang tak ambil tahu.

hafiz

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...