“Saya Mengaku Salah Sebab Itu Saya Berhentikan Program Ini..” – Isa Isarb Terima Kritikan Netizen, Rancang Buat ‘Challenge’ Dalam Dewan

Kehidupan

“Saya Mengaku Salah Sebab Itu Saya Berhentikan Program Ini..” – Isa Isarb Terima Kritikan Netizen, Rancang Buat ‘Challenge’ Dalam Dewan

Pempengaruh YouTube, Isa Isarb mengakui programnya yang menempatkan peserta lelaki dan perempuan di bawah satu bumbung merupakan tindakan yang salah dan wajar menerima kecaman daripada netizen.

Menamatkan penggambaran

Ekoran menerima kritikan daripada warganet, Isa memutuskan untuk menamatkan cabaran tersebut dan terpaksa menanggung kerugian yang mencecah RM500,000. Menurutnya, tujuan program berkenaan diberhentikan serta merta adalah kerana tidak mahu kecaman itu berlarutan dan tidak lagi mendatangkan faedah yang baik.

Advertisement

Bagi saya, prinsip saya adalah selagi konten yang dikeluarkan mendatangkan faedah kepada orang ramai, saya sambung tetapi kalau ia dah bagi impak negatif kepada penonton, saya rasa lebih baik berhentikan.

 

Saya mengaku saya salah disebabkan itu saya berhentikan program ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Isa Isarb (@isaisarb)

Terima kritikan dengan hati terbuka

Sementara itu, disoal berkenaan kenyataan artis atau orang ramai tentang program anjuran pempengaruh ini, Isa berkata dirinya menerima nasihat mereka dengan hati yang terbuka memandangkan hal tersebut merupakan kesilapan dirinya sendiri.

Namun begitu, dia menepis tuduhan segelintir pihak yang menganggap hal tersebut dilakukan untuk mendapatkan populariti di media sosial.

Betul lah apa dia cakap, saya setuju. Memang tak boleh lelaki perempuan tinggal di bawah bumbung yang sama. Saya akan cuba perbetulkan salah yang saya buat.

 

Saya ada rancangan untuk adakan program ini dalam sebuah dewan. Cabaran peserta lelaki dan perempuan akan dibuat dalam masa yang berbeza.

@isarb.clan3rutin harian peserta HERO TELADAN #heroteladan♬ original sound – Isarb Clan

Sekadar info, program yang dinamakan Hero Teladan ini merupakan satu cabaran dimana peserta lelaki dan perempuan akan ditempatkan di dalam rumah yang sama selama 77 hari dibawah pengawasan 24 jam.

Isa isaarb
7 months ago

Isa Isarb Rugi RM500K Batalkan 'Challenge' Lelaki Perempuan Duduk Serumah - "Saya Minta Maaf Kepada Semua Orang"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : mStar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...