Saya Mencintai Gurmet Bukan Kerana Pangkat – Eina Azman

Hiburan

Saya Mencintai Gurmet Bukan Kerana Pangkat – Eina Azman

Suci, tulus dan murni sungguh cinta Eina Azman terhadap Datuk Paduka Gurmet Singh. Walaupun ramai yang menuduh Eina mahu mengahwini jejaka ini kerana pangkat dan harta yang dimiliki oleh Gurmet, namun ia ternyata tidak benar. Abang Nara juga terharu dengan kesanggupan Gurmet yang sanggup melakukan apa sahaja untuk memenuhi permintaan kekasihnya itu. Romantis sungguh.

eina azman

Advertisement

Berkata kepada Kosmo, Eina menceritakan betapa kekasihnya, Datuk Paduka Gurmet Singh sanggup menerbangkannya ke Singapura untuk berjalan-jalan di Universal Studio. Kalau Abang Nara jadi Eina pun pasti makin mendalam cinta. Kata Eina:-

Jika saya teringin makan asam pedas, dia sanggup membawa saya ke Melaka. Baru-baru ini, saya melihat Emma Maembong melancong ke Universal Studio, Singapura. Saya pun menyatakan hasrat ingin ke sana. Tanpa bertangguh, kami terus terbang ke sana pada hari yang sama.

Sejujurnya, saya mengenali Gurmet sebelum dia menerima gelaran Datuk Paduka lagi. Saya mencintai dan menyayangi dirinya bukan disebabkan pangkat. Saya memilih dia kerana dirinya sendiri. Justeru, saya rasa isu seperti ini tidak perlu timbul.

eina dan gurmet

Abang Nara pasti ramai yang akan cemburu dengan keromantikan Datuk Paduka Gurmet Singh yang sanggup memenuhi apa jua permintaan kekasihnya. Semoga keromantikan ini akan berkekalan sehingga ke akhir hayat. Untunglah Eina mendapat bakal suami sehebat ini. Tahniah Eina.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...