Saya Mencari Wanita Untuk Dijadikan Isteri – Johan As’ari

Hiburan

Saya Mencari Wanita Untuk Dijadikan Isteri – Johan As’ari

Kah kah kah. Tergelak guling-guling Abang Nara membaca kata-kata yang dikeluarkan oleh Johan As’ari menerusi Berita Harian semalam. Nak percaya pun susah. Banyak sangat tragedi melibatkan wanita yang berakhir dengan kegagalan yang melibatkan Johan As’ari. Itu yang rasa pelik apabila Johan memberitahu yang dirinya serius mencari calon isteri.
johanAbang Nara rasa kebanyakan peminat menganggap Johan selama ini suka mempermainkan hati wanita. Namun Johan menafikan semua itu. Kata Johan:-

Cukuplah semua kisah itu. Saya anggap ia sebagai asam garam hidup dan ketentuan buat saya. Saya mencari wanita untuk dijadikan isteri, bukan sekadar suka-suka.

Saya juga mempunyai ibu, kakak dan adik perempuan. Jadi saya tidak pernah terfikir untuk memainkan golongan ini.

Advertisement

johan

Rasanya tak semudah itu untuk orang mempercayai keseriusan Johan As’ari. Terlalu banyak kisah silam yang tidak melambangkan niat suci Johan. Tak apalah. Kita tunggu wanita manakah yang dapat mencuri hati Johan As’ari selepas ini. Kalau betul berjaya ke jinjang pelamin, barulah boleh nak percaya ketulusan hati Johan. Tak gitu? Apa pendapat anda?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...