Semalam, juri tetap rancangan program Famili Duo iaitu Mas Idayu enggan memberi komen terhadap mana-mana persembahan pesert pada minggu ketujuh.
Perkara itu diumukan oleh rakan juri, Ajai atau nama sebenar Muhammad Faizal bin Maas ketika memberi komen kepada peserta pertama, Siti Saida dan Siti Sairah.
Malah, Mas Idayu dilihat hanya memberikan isyarat tanda bagus walaupun dipujuk oleh peserta untuk memberikan komen.
Bagaimanapun, pasangan sepupu Naim Daniel dan Sissy Iman memilih untuk tidak merayu komen daripada Mas Idayu.
Tampil memberi penjelasan mengenai kontroversi dirinya, Sissy menafikan bahawa dia berkecil hati dengan komen Mas Idayu.
Menurut penyanyi berusia 27 tahun itu, dia berdiam diri kerana terlalu kecewa dengan diri sendiri apabila gagal menjadi penyanyi terbaik.
Saya menangis sebab kecewa dengan diri sendiri. Saya dah kecewakan Naim sebab persembahan dia okay pada malam itu. Jadi, persembahan tak menjadi disebabkan saya.
Bukan itu sahaja, Sissy turut memaklumkan bahawa dia juga tidak mahu terlalu memikirkan apa yang berlaku pada minggu lalu untuk menjaga kesihatan mentalnya.
Saya memang tak ada menghubungi sesiapa, melainkan Naim sejak minggu lalu.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.