“Saya Menangis Gila-Gila Minta Doa Agar Dapat Tutup Aurat” – Sasha Aziz Tunai Umrah, Akui ‘Struggle’ Nak Bertudung

Kehidupan

“Saya Menangis Gila-Gila Minta Doa Agar Dapat Tutup Aurat” – Sasha Aziz Tunai Umrah, Akui ‘Struggle’ Nak Bertudung

Usahawan dan pensohor media sosial terkenal, Sasha Aziz ada berkongsi cerita mengenai pengalamannya menunaikan umrah bersama keluarga tersayang.

Sasha Aziz kongsi pengalaman tunai umrah

Sasha berkongsi mengenai perihal itu ketika diwawancara dalam sebauh podcast Apa Cerita? baru-baru ini.

Advertisement

Kata Sasha, dia sudah lama menyimpan hasrat untuk menunaikan ibadah ke tanah suci kota Mekah itu menggunakan duit simpanan yang ada selain membawa ibu dan anak-anak.

Saya nak pergi umrah nak bawa satu family. Dengan simpanan duit yang saya ada ini, saya nak bawa ibu dan anak-anak saya semua.

Saya tanya kawan saya sebelum pergi umrah, selalunya apa yang mereka doakan? Sebab saya tak pernah pergi. Kemudian kawan saya kata, ‘kau tawaf tujuh kali, kau doa kau kaya’.

Ubah doa dari nak jadi kaya kepada menutup aurat dengan sempurna

Walau bagaimanapun, ketika di hadapan Kaabah, Sasha tidak dapat menahan air mata lalu memohon agar Allah S.W.T memberikan hidayah buatnya untuk menutup aurat dengan sempurna.

Sampai depan Kaabah, niat nak doa kaya tiba-tiba saya menangis gila-gila. Masa saya tawaf tu saya cakap, ‘Ya Allah saya nak pakai tudung, nak tutup aurat‘.

Tadi saya nak doa kaya sebab semua orang nak jadi kaya tapi saya tak tahu waktu pergi depan Kaabah tu..saya cakap Ya Allah saya struggle sangat nak tutup aurat.

Menjengah ke ruangan komen hantaran video podcast itu, ramai mendoakan agar ibu kepada dua orang anak itu kekal istiqamah dalam perjalanan hijrah.

“Alhamdulillah, semoga terus istiqamah. Syurga itu mahal dari seisi dunia, sama-sama kita usaha untuk mencari akhirat. Moga Allah merahmati. Amin.” doa netizen.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Kieda crepe
4 days ago

"Fokus Buat Crepe Je La" - Kieda Crepe Dikritik Buat Baju Mirip Logo Kumpulan K-Pop

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : YouTube

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...