“Saya Menafikan Sekeras-Kerasnya Sebarang Dakwaan Kaitkan Dengan Insiden Zara, Dah Bersara Tahun Lalu” – Bekas Pengetua

Kehidupan

“Saya Menafikan Sekeras-Kerasnya Sebarang Dakwaan Kaitkan Dengan Insiden Zara, Dah Bersara Tahun Lalu” – Bekas Pengetua

Melalui laporan Harian Metro, bekas pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha, Limauan tampil mempertahankan diri susulan nama terpalit dalam insiden yang mengorbankan seorang pelajar sekolah itu Allahyarham Zara Qairina Mahathir.

arwah zara

Advertisement

Kata Datin Rosnih Nasir, dirinya sudah pun bersara dan tidak lagi terlibat dengan urusan pentabiran sekolah itu sewaktu kejadian korban terbabit berlaku.

Tegasnya, dia hanya berkhidmat sebagai pengetua untuk SMKA dari 10 Mac hingga 22 November tahun lalu sebelum bersara daripada sekolah berkenaan.

arwah zara

Saya menafikan sekeras-kerasnya sebarang dakwaan yang mengaitkan saya secara langsung atau tidak langsung dengan peristiwa tragik yang berlaku baru-baru ini. Perkara ini amat menyedihkan saya sebagai seorang ibu dan juga seorang pendidik.

Dalam pada masa yang sama, Rosnih turut sempat mengucapkan takziah buat keluarga mangsa serta mendoakan roh Allahyarham Zara ditempatkan di kalangan orang beriman.

justiceforzara
2025-07-28 11:10:04

Lantang Bersuara Tentang Kes #JusticeForZara, Wanita Dakwa Guru SMKA Tidak Puas Hati? - "Kau Ada Waktu Post-Mortem Arwah?"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...