“Saya Menafikan Sekeras-Kerasnya…” – Nadeera Sangkal Dakwaan Bersekedudukan Dengan Suami Orang

Hiburan

“Saya Menafikan Sekeras-Kerasnya…” – Nadeera Sangkal Dakwaan Bersekedudukan Dengan Suami Orang

Penyanyi, Nadeera tampil mempertahankan diri apabila namanya dipetik oleh pihak yang tidak bertanggungjawab mengatakan dia merupakan penyanyai yang didakwa bersekedudukan dengan suami orang.

Menurut Kosmo!Online, Nadeera atau nama lengkapnya Farah Nadeera Zaini menegaskan dia tidak pernah mengambil tahu masalah orang lain terutamanya yang melibatkan masalah rumah tangga.

Advertisement

nadeera

Saya tak tau cerita ni tentang siapa dan paling penting tiada kena-mengena dengan hidup saya.

 

Saya juga bukan seorang yang suka memberi komen atas urusan mahu pun kerja orang lain lebih-lebih lagi melibatkan hal rumah tangga orang.

 

Jadi, saya memang menafikan sekeras-kerasnya dakwaan itu. Individu terbabit bukan saya dan tiada kaitan dengan saya.

Sebelum ini, Beautifulnara ada menerima satu mesej daripada seorang individu yang mendakwa seorang penyanyi yang juga merupakan bekas peserta rancangan realiti muzik popular telah menganggu rumah tangga rakan baiknya.

Namun, Beautifulnara tidak mendedahkan identiti penyanyi tersebut.

1 day ago

Penyanyi Sebuah Program Realiti TV Didakwa Bersekedudukan Dengan Suami Orang?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Kosmo

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...