Imej seksi dan perwatakan yang tidak menghiraukan percakapan orang ramai sudah cukup sinonim dengan Nabila Huda. Hal ini membuatkan beberapa pihak risau jika anak perempuannya Keisha Laila turut terpengaruh dengan sikap ibunya yang dianggap tidak begitu sempurna di mata masyarakat.
Namun, empunya diri sama sekali yakin sikap beliau tidak akan memberikan kesan buruk kepada anak tunggalnya itu dan mempunyai cara tersendiri dalam mendidik serta membesarkan anaknya.
Saya rasa tak perlu untuk saya tunjuk kebaikan saya dengan anak saya. Biarlah urusan ini antara saya dan anak saya saja, namun yang pasti semestinya saya inginkan yang terbaik untuk Keisha.
Saya mempunyai cara tersendiri untuk membesarkan anak saya.
Buat Nabila, komunikasi diantara ibu dan anak itu penting. Oleh itu, beliau memilih untuk menjadi teman baik kepada Kesha agar anaknya itu berasa selesa dan jarang sekali marah tanpa sebab yang serius.
Saya menganggap Keisha seperti ‘best friend’ (rakan karib) saya dan bukan sejenis mak yang marah anak sepanjang masa. Bagi saya komunikasi itu begitu penting dan saya menerangkan kepada Keisha kesan tindak-tanduk dalam apa yang dilakukan.
Malah Nabila berpendapat Kesha lebih matang dari segi pemikirannya kerana dia menggalakkan anaknya untuk bergaul dengan orang ramai.
Berbicara soal jika beliau sudah bersedia untuk berkahwin semula setelah sekian lama hidup solo. Nabila memberitahu buat masa ini beliau hanya ingin fokus kepada kerjaya dan anaknya walaupun mengakui setiap wanita pasti menginginkan perkahwinan yang indah.
Setiap wanita pasti impikan perkahwinan yang indah. Tidak mungkin saya akan berkahwin dalam masa yang terdekat kerana semuanya memerlukan wang, tapi saya berharap agar semua mendoakan yang terbaik untuk saya.
Ibu mana yang tidak sayangkan anak? Setiap ibu mempunyai cara mereka tersendiri dalam membentuk anak mereka. Mungkin cara Nabila Huda tidak kena dimata masyarakat, tetapi hanya beliau tahu apakah yang terbaik buat Kesha.