Terbaru, wanita yang didakwa menjadi punca rumah tangga usahawan pizza terkenal, Jofliam dan pempengaruh, Cik Epal musnah iaitu Dewi tampil memuat naik hantaran di Instagram bahawa dirinya meletak jawatan sebagai pembantu peribadi.
Berhenti dari jadi pembantu peribadi
Dalam hantaran yang dimuat naik, Dewi atau nama sebenarnya, Emira Delyati Dewi membuat pengumuman tersebut kerana mahu fokus kepada bisnesnya.
Terima kasih di atas segala pengalaman dan peluang untuk bekerja bersama top 100 Best Pizza Chef di dunia.
View this post on Instagram
Ucap terima kasih pada Jofliam
Dalam pada itu, Dewi juga mendoakan agar pizza wagyu Jofliam akan kekal berjaya dalam industri serta mengucapkan terima kasih terhadap usahawan tersebut.
Sebelum ini, nama Dewi hangat diperkata ramai susulan dituduh merupakan orang ketiga dalam perkahwinan Jofliam dan Cik Epal.
Situasi tersebut bertambah buruk apabila Dewi didakwa mengguna beg Cik Epal bernilai RM12,000 tanpa izin dan mahu membuat giveaway kepada orang ramai hingga pempengaruh tersebut membuat laporan polis.