Pelakon dan penyanyi Bella Astillah menafikan dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan dia telah merampas watak lakonan drama Satu Hari Nanti daripada seorang pelakon wanita yang lain.
Bella yang ditemui media mengaku terkejut mendengarkan dakwaan itu kerana dia mendakwa tawaran lakonan itu diberikan pihak produksi Macha All Star United.
Saya tidak tahu mengenai perkara itu, pihak penerbit pernah maklumkan pilihan watak utama cerita ini iaitu Marisa adalah antara saya dan Eyka Farhana.
Tapi selepas beberapa rombakan, akhirnya Eyka memegang watak Marissa manakala saya memegang watak Aulia. Jadi, saya memang tidak tahu sekiranya watak ini sepatutnya dilakonkan oleh orang lain.
Bella juga turut meminta maaf sekiranya ada pihak yang terasa hati dengan tawaran yang diterimanya kerana dia sendiri tidak mengetahui apa-apa mengenainya.
Saya minta maaf kepada individu berkenaan, kalau ada yang kata saya rampas wataknya. Saya memang tidak diberitahu apa-apa mengenainya.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.