“Saya Memang Tak Tahu Apa-Apa” – Fikry Ibrahim Terkejut Isteri Failkan Perceraian

Hiburan

“Saya Memang Tak Tahu Apa-Apa” – Fikry Ibrahim Terkejut Isteri Failkan Perceraian

Pelakon dan pelawak Fikry Ibrahim mendedahkan bahawa dia tidak mengetahui langsung tentang tindakan isterinya, Siti Khalizah Alihan, yang telah memfailkan perceraian terhadapnya di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada Khamis lalu.

Ketika dihubungi oleh Gempak, Fikry enggan mengulas lanjut mengenai perkara tersebut dan menyatakan rasa terkejut.

Advertisement

Saya tak tahu, isteri saya okay saja dengan saya. Saya memang tak tahu apa.

Difahamkan, Siti Khalizah hadir ke mahkamah sekitar jam 9.40 pagi dengan mengenakan jubah berwarna hitam, manakala Fikry tidak kelihatan sepanjang sesi berlangsung.

Terdahulu, perkahwinan pasangan ini yang berlangsung secara tertutup sebelum ini menjadi perhatian selepas jurusolek memuat naik beberapa gambar yang menunjukkan Fikry dinikahkan dengan pasangannya.

Mengulas perkara itu sebelum ini, Fikry memaklumkan bahawa dia tidak berniat merahsiakan perkahwinan tersebut, sebaliknya memilih untuk tidak menghebahkan perkara yang belum pasti kepada umum.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Tiada Persefahaman Punca Khalizah Failkan Cerai, Akui Masih Ada Ruang Berdamai Dengan Fikry Ibrahim
51 mins ago

Tiada Persefahaman Punca Khalizah Failkan Cerai, Akui Masih Ada Ruang Berdamai Dengan Fikry Ibrahim

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Gempak.com

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...