“Saya Memang Tak Mampu” – Peniaga Kedai Runcit Buntu Selepas Dikompaun RM50,000

Trending

“Saya Memang Tak Mampu” – Peniaga Kedai Runcit Buntu Selepas Dikompaun RM50,000

“Ambillah kedai runcit saya sebagai ganti, memang saya tidak akan mampu untuk membayar kompaun sebanyak RM50,000”

Itulah kata-kata yang diluahkan Mansah Marjurin, 47, iaitu antara tiga peniaga yang dikenakan kompaun RM50,000 pada Ahad lalu bagi kesalahan beroperasi lebih masa ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Dia yang berniaga kedai runcit di Jalan Chempaka di sini berkata, sememangnya dia tiada kemampuan untuk membayar kompaun kerana bayaran rumah juga sudah tertunggak tujuh bulan selain sebuah kereta ditarik oleh pihak bank sejak PKP.

Advertisement

Menceritakan kejadian jam 11.40 malam itu ketika didatangi empat anggota polis, bapa kepada tiga anak berusia tiga hingga sembilan tahun itu berkata, premis kedai runcit miliknya sudah ditutup, namun hanya pintu kecil tidak berkunci kerana ketika itu ada saudara datang berkunjung.

“Memang saya sudah menutup kedai dengan keseluruhan pintu sudah dikunci, namun jam 10 malam saudara isteri datang berkunjung di kedai dan ketika itu kami sedang berborak di dalam kedai”

“Pintu kecil pula dibuka kerana ada anak kecil yang keluar masuk, bukannya untuk pelanggan. Selepas itu saya terkejut apabila anggota polis datang dan bertanyakan kenapa kedai masih beroperasi”

Ujar peniaga ini, dia sudah menjelaskan dengan menunjukkan pintu gril yang ditutup namun tetap disaman dengan jumlah RM50,000.

Mansah yang berasal dari Bukit Tinggi, Klang mengakui sangat terkejut melihat jumlah kompaun yang dikenakan kerana pendapatan mereka sekeluarga hanya bergantung kepada jualan kedai runcit dan isteri juga tidak bekerja.

“Sejak malam itu, saya buntu dan tidak mengetahui apa yang perlu dilakukan. Saya juga belum membuat rayuan di Pejabat Kesihatan Daerah kerana masih dalam suasana terkejut”

Mungkin hari ini baru saya pergi membuat rayuan.

“Jika diminta bayar, memang saya tidak mampu, ambillah kedai runcit saya sebagai ganti”

Dia turut berharap ada pihak tampil membantunya selain membantu dua peniaga lain yang dikenakan jumlah kompaun sama.

Pun begitu, Ketua Polis Kelantan iaitu Datuk Shafien Mamat ada memaklumkan, pihaknya mengambil pendekatan untuk meneliti kompaun RM50,000 yang dikenakan terhadap tiga peniaga termasuk peniaga burger di sini, Ahad lalu.

Beliau dilapor berkata, pihaknya akan memanggil semula orang yang dikenakan kompaun (OKK) membabitkan tiga peniaga itu.

Peniaga berkenaan akan dipanggil untuk ditawarkan nilai kompaun mengikut garis panduan (Penetapan Nilai Tawaran Kompaun dan Kadar Pengurangan Kompaun) yang ditetapkan bagi kesalahan mengikut Akta 342 dan peraturan-peraturan di bawahnya.

Semoga ada pencerahan dari kes ini ya.

SUMBER

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...